Monday 29 April 2013

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN

apa itu permikiran?
  • keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.
  • keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang.
  • proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
bagaimana mendefinasikan pemikiran?
  • bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anada ketika anda berfikir.....
  • senaraikan : apa yang berlaku,dimana ia berlaku,apa yang terlibat dan untuk apa.
manfaat berfikir
  • membuat keputusan yang positif.
  • meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
  • mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat sesuatu kejadian.
  • menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu personal.
halangan berfikir
  • mengaibaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
  • emosi
  • ego
  • tingkah laku luar kawal
  • menyalahkan orang lain
  • latar belakang seseorang
  • tekanan
  • minda kurang terbuka
  • kurang kepercayaan
perbezaan cara berfikir
  • kemahiran berfikir secara :kreatif,kritis/kritikal,positif dan negatif.

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIKAL
  • perkataan KRITIS adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'CRITIC' kata dasar 'KRITIS' merupakan perkataan Greek 'KRITHS' (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge) .
  • meninmbang pula bermaksud menilai ,membezakan ,mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.
  • pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai  penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis , mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
 kepentingan berfikir secara kritis
  • bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan.
  • aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ilah penghujahan ,iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
  • merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
  • penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
  • dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
  • dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan.
  • mempromosikan  daya pemikiran kreatif.
 EMPAT (4) ciri pemikiran kritikal
  • REAKTIF ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan penghasilan idea baru.
  • PENILAIAN ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai.
  • ANALISIS ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan jelas.
  • LOGIK ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan mempertimbangkan andaian.

BAB 3 : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

  • Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada
 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
  • Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran. 
 Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif  
  • MENJANA IDEA ,Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
  • MEMBUAT INFERENS ,Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. 
  •   MERAMAL , Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara. 

halangan berfikiran kreatif
  • berkelakuan negatif
  • takut kegagalan
  • tekanan
  • mengikuti peraturan
  • membuat tanggapan sendiri
  • terlalu bergantung dengan logik

 BAB 4 DAN BAB 5 : TEORI-TEORI PEMIKIRAN 

TEORI OTAK TRIUNE
  • otak reptilia ( medule oblangata )
  • otak mamalia/sistem limbik (bahagian pertengahan otak)
  • otak neokorteks (bahagian atas otak)
otak reptilia
  • paling awal terbentuk dalam evolusi perkembangan manusia.
  • gelaran otak reptilia mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah.
  • fungsi utama mengawal secara automatik kelakuan kelima-lima pancaindera manusia.
otak mamalia/sistem limbik
  • mempunyai persamaan dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan mamalia.
  • afektif dan emosi,kesihatan, perasaan ,ingatan .
  • mengawal pola bioritma-pola tidur,kelaparan,dahaga,tekanan darah kadar denyutan jantung dan lain-lain fungsi badan lain.
otak neokorteks 
  • terletak dibahagian atas oatak 80% dari jisim otak.
  • pusat pemikiran dan kecerdasan manusia .
  • fungsi utama mentafsir,menyususn,menterjemah maklumat dan pemikiran tahap tinggi.
teori otak Roger Sperry
 
  • HOKI (otak kiri) : bersifat analitikal ,menganalisis maklumat secara linear ,mengenalpasti bahagian secara satu persatu (terpisah)
  • HOKA (otak kanan) : menggabungkan dan mensistesis bahgian-bahgian pecahan maklumat kepada satu bentuk menyeluruh.
teori pelbagai kecerdasan Gardner

 
  • Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.


KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle



  • Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton
  •  Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan
  • Kecerdasan Visual - Spatial [architects]
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci
  • Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar
  •  Kecerdasan Intrapersonal [therapists]
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget
  •  Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]
Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

  •  Kecerdasan Naturalis [naturalists]
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin 

  • Kecerdasan visual ruang 
kelebihan dari segi memahami dan menggunakan maklumat berbentuk visual dan ruang
CONTOH: Arkitek Juruterbang 


BAB 6 : KONSEP PETA MINDA (TONY BUZAN)

definisi peta minda
  • kaedah mengingat yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat

alat berfikir
  • pengurusan grafik : pemetaan/pola penyusunan yang mewakili hubungan maklumat dengan suatu idea,contoh;gambar komik
  • soalan & penyoalan : jenis pertanyaan yang mengembangkan pemikiran.
  • peta minda : kegunaan ; teknik catat nota,merancang buat sinopsis,grafik persembahan dan bantuan mengingat.
kepentingan peta minda
  • menghasilkan nota : setiap kali maklumat dicatat,peta minda mampu menguruskan dalam bentukringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.
  • kreativiti : setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran lineardan membolehkan idea-idea baru bercambah dengam baik.
  • ingat kembali : setiap maklumat diimbas kembali dari ingatan ,peta minda membenarkan idea yang listas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
  • penyelesaian masalah : setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi -peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain.
jenis-jenis peta minda

  • peta minda carta tulang ikan 

  • peta minda jenis kitaran
 
  •  peta minda jenis pokok 
 



BAB 7 : TEKNIK MENCATAT NOTA

definisi mencatat nota 
  • aktiviti merekod :fakta ,maklumat dan isi dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.

kenapa perlu mencatat nota
  • untuk membantu memahami pelajaran
  • daya ingatn dan mengukuhkan arahan
  • catatan pendek daripada sesuatu yang dipelajari
bagaimana mencatat nota 
  • berikan perhatian kepada maklumat yang didengar ,dibaca dan dilihat
  • maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelumk dicatat.
apakah yang perlu dicatat
  • mencatat  isi penting sahaja.
  • mencatat apa yang didengar dan dilihat.
ciri-ciri nota yang baik
  • mengandungi rangka kasar sahaja.
  • terdiri daripada idea utama.
  • dicatat dalam buku atau kertas khas.
  • catatan terang senang dibaca dan mudah difahami.
mencatat nota dengan lebih berkesan
  • kemahiran mendengar
  • kemahiran membaca laju
  • kemahiran menulis
  • mencatat kata kunci
  • ringkas dan padat
  • menggunakan perkataan sendiri untuk mudah difahami
perbezaan antara menyalin,mencatat dan membuat nota 
  • menyalin nota : pelajar menyalin nota yang diberi oleh guru atau dibuat oleh pelajar yang terdapat didalam buku.
  • mencatat nota : pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah ,syarahan,buku dan sumber lain.
  • membuat nota : pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk mengikut citarasa sendiri.
langkah-langkah membuat nota
  • memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
  • memilih idea /maklumat yang penting dan menyusunnya.
  • menulis/merekod idea dan maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki.
teknik-teknik nota
  • peta minda
  • nota istilah
  • gambar rajah
  • nota soalan dan jawapan
  • akronim
  • jadual
  • carta aliran
  • gambar rajah venn
  • peta konsep
  • pengkelasan

BAB 8 : ENAM TOPI BERFIKIR 

pemikiran lateral
  • dicipta oleh Edward de Bono pada tahun 1967.
  • digunakan untuk memisahkan idea yang sudah lama digunakan dan dipercayai baik dan betul.
  • pemikiran lateral adalah mengajar kita bagaimana untuk berfikir secara kreatif.
  • mengubah masalah kepada peluang.
  • mencari penyelesaian -menggunakan teknik dan peralatannya.
  • memberi kuasa kepada kita untuk menerbitkan idea-idea yang bernas dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.
 



BAB 9 : BRAINSTORMIN

SumbangSaran 
  • menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar,kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses pembelajaran Asas kepada sumbangsaran,iaitu mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses penilaian.
definisi sumbangsaran 
  • dikenali sebagai Brainstroming,perah otak,pecah minda dan percambahan fikiran.Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd Azhar Abd Hamid ,Othman A. Kassim dan Muhammad FauziOthman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti perbincangan adalah satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat.
prinsip asas sumbangsaran
  • semua ahli yang terlibat dalam satu sesi sumbangsaran hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada satu idea,ini bermaksud setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang dikemukan oleh akli-ahli yang lain.
  • tujuan akhir yang hendak diperoleh didalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan.
  • setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala maginasi yang ada pada diri meraka.
  • semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung diubahsuai,dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian tang terbaik.
matlamat sumbangsaran 
  • matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea yang bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan.
halangan kepada pemikiran kreatif
  • lambat bertindak - teknologi yang semakin berubah-ubah memaksa manusia untuk cepat bertindak supaya tidak ketinggalan.
  • pemikiran stereotaip- manusia cenderung untuk berfikir stereotaip dan tekutkan perubahan.
  • takut akan risiko - untuk memastikan keputusan yang betul,manusia kebanyakan akan bersederhana dan mengelak daripada berinovasi.
persekitaran yang kreatif 
  • pihak pengurusan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja.
  • tidak terlalu mengawal pekerja.
  • berkomunikasi secara terbuka.
  • pekerja yang mempunyai kepelbagaian kebolehan.
  • bersedia menerima perubahan.
  • mempunyai sumber kewangan,manusia dan masa yang mencukupi.

SEKIAN,SELAMAT BELAJAR & MENDAPAT LEBIH ILMU PENGETAHUAN